Diet Untuk Kurus Tak Nak Makan Nasi
-
Nak cepat kurus? Gantikan nasi anda dengan sumber karbohidrat lain yang
kurang gula.
Jom tengok gambar di bawah dan pilih Low GI
Ini sedikit penerangan ...
Coach Aziera Yazid berasal dari Kuantan, Pahang. Coach Aziera telah berjaya turun berat badan lebih dari 20kg dengan menggunakan produk Herbalife dan merupakan seorang Ahli Bebas Herbalife yang boleh membantu anda menguruskan berat badan. Hubungi Aziera Yazid 0179360797 untuk temujanji analisa kesihatan sekarang!
Monday, January 26, 2015
Aktiviti Herbalife di Kuantan: Herbalife Day Bulan Januari 2015
Jom sertai kami untuk aktiviti Fit Hour sempena Hari Herbalife Kuantan seperti berikut:-
Tarikh: 31 Januari 2015
Masa: 9 pagi (8:45 pagi untuk pendaftaran)
Lokasi: Hotel Rocana Kuantan
Anda dapat mengetahui bagaimana cara menurunkan berat badan melalui senaman dan juga nutrisi dalam makanan.
Hubungi saya untuk menyertainya Aziera 0179360797
Jumpa di sana!
Saturday, January 24, 2015
Bagaimana Nak Kurus dengan Bersenam di Kuantan?
Ketahui Cara Bagaimana Nak Kurus Dengan Bersenam Jika Anda Berada di Kuantan.
Selepas lebih daripada setahun melahirkan anak ketiga, saya
berjaya turunkan berat badan sebanyak 18kg daripada berat selepas bersalin
dahulu. Kini, tibalah masanya untuk saya
mula melakukan senaman secara konsisten kerana saya faham iaitu cara bagaimana
nak kurus selain daripada menjaga pemakanan ialah dengan bersenam.
Tertanya-tanya samada anda boleh kurus tanpa senaman? Baca di sini.
Senaman dapat membakar kalori dan lemak dalam badan. Dengan
bersenam kita akan dapat bentuk badan lebih menarik kerana senaman dapat
membantu kita mengekal dan membina otot. Yang paling penting ialah senaman
dapat membantu kita menjaga kesihatan jantung.
Dengan semangat nak kuruskan badan, saya dengan gigihnya
cuba bersenam sendiri di rumah. Download semua video senaman tidak kiralah
dance workout, zumba, yoga, pilates dan lain-lain lagi. Selain tu juga saya
cuba berlari atas treadmill yang sudah ada di rumah.
Tetapi, untuk bersenam sendiri di rumah memang sesuatu yang
sangat mencabar. Antara cabaran bagaimana nak kurus dengan bersenam sendiri di
rumah ialah:-
- Selalu rasa diri sibuk dan sukar cari masa untuk bersenam
- Selalu diganggu dengan panggilan telefon, kerenah anak, lain-lain hal walaupun pada waktu yang sudah ditetapkan bersenam. Akhirnya, terus tak jadi nak bersenam pada waktu yang telah dirancang.
- Tiada rakan untuk memberi sokongan dan sama-sama melakukan dengan lebih baik. Akhirnya bagaimana nak kurus, kalau rasa bosan ketika bersenam, dan akhirnya kita terus berhenti.
- Tiada jurulatih yang boleh menasihati postur yang betul semasa bersenam
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, hanya mereka yang
betul-betul berdisiplin dan komited sahaja dapat meneruskan senaman sendirian jika
mereka nak kuruskan badan. Jika anda ingin tahu bagaimana nak kurus dengan cara
bersenam yang lebih berkesan. melakukan senaman secara berkumpulan adalah satu
pilihan yang terbaik.
Sempena Tahun 2015 ini saya telah mengambil keputusan untuk mendaftar di sebuah Fitness Centre berdekatan dengan
rumah saya iaitu di Taman Tas. Selain daripada itu juga, saya mula menyertai
aktivti senaman Fit Hour yang diadakan di Taman Tasik Bandar,Indera Mahkota, Kuantan setiap petang pada hari
Selasa, Khamis dan Ahad. Hubungi saya jika anda ingin turut serta dengan aktiviti Fit Hour ini
Barulah saya sedar bahawa bersenam secara berkumpulan dapat
memberikan hasil yang lebih baik daripada senaman secara sendirian di rumah. Ini
adalah atas beberapa sebab:-
- Jadual bersenam yang tetap menyebabkan kita terpaksa ikut jadual dan tiada perubahan pada yang dirancang,
- Ada ramai kawan sebagai pendorong dan memberikan motivasi. Senaman juga menjadi lebih menyeronokkan.
- Mendapat coaching yang sepatutnya tentang postur yang betul dan juga mendapat tips cara bagaimana nak kurus lebih baik dengan senaman dan pemakanan
Jadi, jika anda seseorang yang ingin turunkan berat badan dengan
senaman, untuk mendapat hasil yang lebih baik, anda boleh mendaftar ke
mana-mana gym dan Pusat Fitness berdekatan dengan rumah atau pejabat anda. Anda
berpeluang memilih jenis senaman yang disukai dan juga yuran akan dikenakan
berdasarkan pilihan jadual anda.
Jika anda berada di Kuantan dan ingin menyertai aktiviti menyeronokkan yang mampu membakar antara 200-500 kalori dalam masa sejam, jom hadirkan diri ke salah satu sesi Zumba Kuantan yang terletak di Taman Tas, Anda juga boleh mendapat analisa kesihatan bagi mengetahui jumlah lemak yang anda perlu kurangkan, dan juga jumlah kalori yang anda perlu ambil sehari untuk menurunkan berat badan.
Marilah
bersama-sama menyertai aktiviti Zumba Kuantan ini. Saya sentiasa berminat untuk menambah
kenalan terutama dari segi kesihatan!
Adakah anda seseorang yang telah berjaya menurunkan berat melalui senaman? Atau adakah anda sedang mencari senaman yang sesuai untuk anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen di bawah.
|
Aziera Yazid
p:017 - 9360797 | m:019 - 2208901 | e:aziera@azierayazid.com | w:http://azierayazid.com |
Thursday, January 8, 2015
Bagaimana Saya Bermula dengan Online Bisnes Dari Rumah?
Online Bisnes Dari Rumah: Kisah permulaan bekerja dari rumah
Sejak dari awal minggu ini, saya agak sibuk menguruskan persiapan ke Acara Spectacular Herbalife Malaysia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 16 hingga 18 Januari 2015 ini. Syukur, Alhamdulillah. Semua persediaan semua siap, hanya menunggu tarikh tersebut sahaja dan bersiap sedia untuk belajar.
Apakah itu Spectacular Herbalife?
Spectacular ialah satu acara terbesar bagi Herbalife di Malaysia yang diadakan pada setiap tahun, khusus bagi meraikan dan menghargai semua ahli Herbalife di Malaysia. Semua ahli Herbalife akan datang dari semua negeri di Malaysia dan berkumpul di acara ini. Selain daripada itu, ramai speaker-speaker jemputan hebat dari dalam dan luar negara akan memberikan taklimat dan mengajar ahli-ahli dan Coach Herbalife yang hadir tentang cara melakukan bisnes dengan lebih baik.Dalam menghadapi persedian acara tahun ini, saya teringat kisah bagaimana Spectacular telah membuka peluang kepada saya tentang melakukan online bisnes dari rumah. Saya tidak pernah menyangka hanya dengan membuat keputusan untuk hadir pada acara Spectacular Malaysia pada tahun 2011, telah menunjukkan saya satu peluang untuk merealisasikan impian saya iaitu dengan menggunakan Herbalife secara online bisnes dari rumah. Jika sebelum itu saya hanya ingin menggunakan produk Herbalife untuk menurunkan berat badan dan mengawal berat badan, dengan hadir ke acara Spectacular saya dapat lihat peluang yang sangat besar dalam Herbalife. Baca kisah saya di acara Spectacular untuk Pengedar Herbalife Malaysia di sini.
Download ebook untuk ketahui bagaimana saya turun berat badan 18kg menggunakan produk Herbalife
Inilah gambar kenangan saya pertama kali dalam acara Spectacular Malaysia pada tahun 2011 di PICC, Putrajaya. Lihatlah saya hanya duduk di atas tangga sahaja. Walaupun memang tempat duduk disediakan, tetapi disebabkan teruja dengan keadaan di dalam acara ini, saya bersemangat nak melihat stage dengan lebih dekat, dan sanggup duduk atas tangga. Memang mengujakan!
Sesungguhnya saya tidak pernah menyesal untuk menghadirkan diri ke Acara Spectacular ini. Hasil daripada acara ini telah mengubah kehidupan saya sama sekali. Saya juga berjaya melayakkan diri mengikuti percutian percuma yang dianjurkan oleh Herbalife, menambah pendapatan dalam bisnes Herbalife dan lain-lain lagi*. Yang paling penting ialah acara ini telah memberikan peluang untuk saya melakukan Herbalife online bisnes dari rumah.
*Hasil pendapatan adalah berbeza mengikut individu.. Hasil pendapatan (atau contoh) yang digambarkan adalah tidak tipikal.
Jika anda seperti saya satu ketika dulu, yang masih mencari-cari peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan melakukan online bisnes dari rumah, hubungi saya untuk mengetahui bagaimana Herbalife boleh membantu anda.
Baca kisah bagaimana saya memulakan perniagaan saya dari rumah. Email ke aziera@azierayazid.com untuk mendapatkan ebook ' Bagaimana Memulakan Bisnes Online dari Rumah dengan Kos Yang Sangat Rendah'.
* Pendapatan yang diterima bukanlah purata pendapatan untuk semua. Purata pendapatan setiap individu adalah berbeza-beza. * Percutian adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan oleh Herbalife Malaysia
Friday, January 2, 2015
Salam Maulidur Rasul untuk semua
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang sangat mulia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Isikan maklumat berikut
Isikan maklumat dibawah jika anda serius untuk melantik saya sebagai Jurulatih Pengurusan Berat Badan anda




